Thursday, December 16, 2010

6 bulan jelajah dunia tunggang moto kapcai

Jurutera selamat pulang kembara 24 negara




‘Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien, 39, yang mencipta kelainan selepas berjaya mengharungi cabaran mengelilingi dunia secara solo dengan menunggang motosikal kapcai Modenas 128cc.



Beliau memulakan perjalanan menjelajah dunia dari Kuala Lumpur pada 24 April lalu dan mengakhiri misi sejauh 30,000 kilometer dengan merentasi beberapa benua sebelum tiba di London, pada 24 Oktober lalu.

"Saya berasa puas," itulah ungkapan pertamanya sebaik menjejakkan kaki di tanah air bersama motosikalnya berhampiran pintu sempadan Perlis-Thailand, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi semalam


"Saya berasa puas," itulah ungkapan pertamanya sebaik menjejakkan kaki di tanah air bersama moto kapcainya berhampiran pintu sempadan Perlis-Thailand kira-kira jam 10 pagi semalam.. beliau berkata, pelbagai cabaran ditempuhi selama enam bulan merentasi 24 negara dengan menunggang moto kapcai berkuasa rendah sebagai menyahut cabaran Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib.


"Ramai beranggapan perjalanan mengelilingi dunia ini kerja gila berikutan kenderaan digunakan jenis kapcai dan mungkin membawa masalah ketika dalam perjalanan. Namun, saya dapat membuktikan dan berjaya sampai ke destinasi dituju serta selamat pulang ke tanah air,” katanya.


Katanya, beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah termasuk berdepan penyeluk saku ketika misi perjalanan tiba di India, selain terpaksa mengharungi cuaca melampau termasuk panas, sejuk dan bersalji.
"Bayangkan saya terpaksa mengharungi pahit maung ketika merentasi laluan setinggi 5,486 meter dari paras laut dalam keadaan cuaca begitu sejuk sebelum tiba di sebuah perkampungan di pergunungan di Balucistan, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan, katanya..




Syed Ahmad berkata, misi perjalanan itu merentasi beberapa negara Asia, termasuk Thailand, Nepal, India, Asia Barat dan menghabiskan masa beberapa hari di sekitar Jerman, sebelum meneruskan perjalanan peringkat akhir menuju London. sekian berita dari aku tentang 6 bulan jelajah dunia dengan menunggang moto kapcai...






hahaha, lawak la dua orang minah di atas ni. jadi minah rempit la pulak... haa kepada semua orang, ni ada peringatan sikit yang aku nak berikan, janganlah meniru aksi yang ditunjukkan di atas ini...
sekian....


Wednesday, December 15, 2010

Malaysia belasah Vietnam 2-0



inilah gelagat Safee Sali ketika dia menyumbangkan 2 gol kepada Malaysia..pesoalannya, 2-0 boleh dipanggil belasah ker..?? arhh lantak jer janji menang, tapi Malaysia akan bertemu lagi dengan Vietnam di stadium Vietnam, harap2 Malaysia berjaya menumpaskan lagi Vietnam buat kali kedua ini.

                                                **************

untuk peminat setia Malaysia, apapun terima kasih kerana  memberi sorakan kepada Malaysia.. aku tngok ramai jugak penyokong2 Malaysia kat stadium.. huhu, buat tau boleh padahal tak pi pon, tengok kat tv je. buat pa nak pi stadium, membazir duit jew kan. lagipon dah la jauh, jadi baik aku tengok kat tv je..

                                               ***************

 sekian.. terbaik arh Malaysia..jangan bangga sangat Malaysia! DO THE BEST Malaysia,    MALAYSIA BOLEH ! ! !



haa ni lah gelagat keeper Malaysia  kita nih, blagak giler siot. nasib baik dia nak score dari jauh kalau dia nak score dari dekat? memang tak bleh kata pa lah, mesti gelabah beb..jadikanlah ini satu pengajaran untuk semua..

Tuesday, December 14, 2010

Isu E-Code (Lemak Cik B)



haa kwn2, ni ada isu sikit tentang E-Code (Lemak Cik B). ni pon aku baru dapat berita daripada kawan aku. haa E-Code (Lemak Cik B) ni lah yang menyebabkan otak korang dan otak aq jadi lembap. 


***************

Snek ni siapa yang tak pernah makan..?
aku..? confirm aku mengaku yang aku pernah makan.
sumpah aku tak tahu yang snek ni terdapat
E-Code lemak cik B.
punya lah kurang pengetahuan..hehehehehe, dah la snek ni salah satu snek yang aku suka beb..aiyoo awat la orang yang buat snek ni boh lemak cik B..tu lah, punyalah nak merosakkan otak orang2 kita ni termasuk lah aku, awatla si pembuat snek ni boh lemak cik B..kesian kat budak2 la ni, dah la mereka(budak2) zaman sekarang ni tak tau pa...ish3 

***************

Yaaa..sekarang ana sudah tau lah..
aiyoo..yang dulu² zaman kanak² ribena makan sudah jadi darah daging owh..
owh..patut lah otak aku sedikit lembab..
ni semua kerja kau yer cik B..
dasarrrrr */>@%#.. !!!

Nih ada list E-Code (Lemak Cik B)
yang ni kena sentiasa ada dalam handphone..
standby b
abe !

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT 

1) E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482 
2) E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483 
3) E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491 
4) E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492 
5) E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493 
6) E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494 
7) E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495 
8) E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542 
9) E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570 
10) E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572 
11) E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631 
12) E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635 
13) E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904 
14) E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920 
15) E 270 30 E 433 45 E 481

Monday, December 13, 2010

perlukah kita meraikan perayaan christmas..???

Assalamualaikum semua....
          sebenarnya kita tidak perlu meraikan perayaan christmas kerana perayaan christmas hanya untuk orang bukan islam sahaja..

                                                         ********************

kita sebagai umat islam hendaklah menjaga imej kita, jadi kita tidak perlulah menyambut perayaan ini, kerana perayaan ini dilarang oleh agama islam..klau anda hendak menyambut jugak perayaan ini sambutlah akan tetapi fikirkan lah dulu apa akibat nya..islam tidak memaksa umatnya untuk berbuat kebaikan, jika anda ingin masuk syurga buatlah amalan kebaikan tetapi jika anda ingin masuk ke dalam neraka jahanam langgarlah peraturan islam..

                                                        ********************

perayaan christmas diwujudkan oleh masyarakat kristian..perayaan christmas dikatakan oleh orang kristian bahawa christmas adalah sambutam hari ulangtahun anak Allah di muka bumi, iaitu Jesus.

                                                        ********************





adakah anda pernah lihat santa claus sepertimana yang ditunjukkan pada gambar di atas..?? pada gambar di atas menunjukkan santa claus terbang bersama rusa2nya, tetapi itu hanyalah imaginasi orang kristian, santa claus dan rusa2nya itu tidak pernah wujud dalam dunia ini.

                                                       ********************

sebenarnya perbincangan sama ada boleh atau tidak untuk mengucapkan Merry Christmas sesuatu yang telah lama dibicarakan kepada para ilmuan islam.

                                                      ********************






inikah rupa santa claus yang sebenarnya..?? entahlah bagaimana rupanya, tetapi gmbar santa claus yang ditunjukkan di atas adalah betapa buruk dan hodohnya muka santa claus.. lihat mukanya itu pon sudah tahu yang santa claus itu berhati yang busuk!! baiklah semua, harap anda yang membaca text ini mendapat pengajaran dan sesiapa yang sebelum ini menyambut hari christmas harap2 selepas membaca text yang ditulis oleh saya ini saya harap anda berubah dan janganlah menyambut hari christmas lagi, sekian.......

JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN

JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN

by Safuan Zubir on Monday, 13 Desember 2010
Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.

Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"



Saturday, December 11, 2010


1) JARI MANIS

2) JARI KELINGKING (ANAK JARI)

dan JANGAN memakai pada jari

1) JARI TENGAH

2) JARI TELUNJUK



Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.

**************************
JAdi kawan2, aku harap lpas ni berubahla jangan lagi memakai cincin pada jari telunjuk, jari tengah mahupun ibu jari.Kalau nk pakai cincin tu pakai lah pada jari manis kerana memakai cincin pada jari manis itu sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jari yang boleh pakai cincin hanya jari manis dan jari kelingking....